Nera tersingkir di Minggu ke 7
Queennera Francine Francis Kitingon atau Nera, 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh malam tadi. Nera mendapat undian terendah. Nera adalah pelajar ke-7 tersingkir melalui undian SMS selain Aida dan Amir yang telah digugurkan dalam Operasi Gugur. Nera telah menyanyikan lagu Hetty Koes Endang bertajuk Tak Ingin Sendiri, lagu balada pertama dalam tugasan beliau di Akademi Fantasia 9. Tapi apa-apa pun nera the best...every week tunjuk komitmen untuk membawa lagu tugasan..hope nera akan lebih berjaya selepas keluar daripada AF...